Tips Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan

Ramadhan telahpun tiba. Sebagai umat Islam, kita wajib menjalani ibadah ini yang merupakan salah satu dari Rukun Islam :)

Sepertimana yang kita sedia maklum, di dalam bulan Ramadhan, kita perlu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari sejak Subuh sehinggalah masuk waktu Maghrib. Dalam keadaan ini, ramai di antara kita yang pada awal paginya masih cergas dan boleh menjalankan tugas seperti biasa, tetapi menjelang tengahari dan menuju ke petang tenaga semakin berkurangan dan lemau 😁



Di sini Kj nak share TIPS UNTUK KITA KEKAL CERGAS SEPANJANG RAMADHAN

BERSAHUR DENGAN MAKANAN TINGGI SERAT

Ambil makanan  TINGGI SERAT masa sahur. Ini untuk membantu kita kenyang lebih lama. Sumber terbaik untuk serat adalah sayuran jenis kacang (beans), whole grain (whole-wheat, roti & pasta), beras perang, kekacang, berries, buah pear dan epal, oatmeal dan sayuran hijau.

BUAH-BUAHAN DAN AIR KOSONG

Makan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air macam tomato, timun, kobis, tembikai dan oren untuk kita kekal hidrat. Elakkan jus yang tinggi kandungan gula sebab gula akan buatkan kita gemok. Pastikan minum 2 gelas air kosong masa sahur.

JANGAN TINGGAL SUMBER PROTEIN

Wajib ambil PROTEIN setiap pagi. Protein melambatkan rasa lapar dan memberi tenaga. Telur, yogurt, kacang, soya, ikan dan daging adalah sumber protein. Tapi jangan berlebihan terutama sekali bila makan sumber protein yang berlemak macam daging.


BERBUKA DENGAN KURMA

Mulakan berbuka dengan kurma. Ia kaya dengan karbohidrat ringkas dan akan terus diserap oleh badan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh yang seharian berpuasa. Kurma mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat seperti zat besi, kalsium, vitamin A, vitamin B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan rendah lemak dan tinggi serat, baik untuk kesihatan.

MAKANAN BERASASKAN KARBOHIDRAT JANGAN DILUPA

Pulihkan kembali tenaga saat berbuka dengan menikmati hidangan berasaskan karbohidrat yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandungi gula akan dapat mengembalikan secara segera tenaga yang hilang. Sebaiknya segerakan waktu berbuka bila tiba masanya dan jangan di tangguh-tangguh.


LEBIHKAN PENGAMBILAN AIR, ELAK KAFEIN

Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah daripada minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.

KURANGKAN MAKANAN MASIN

Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Dikatakan makanan yang masin seperi ikan masin atau pun telur asin jika dimakan ketika sahur boleh menyebabkan anda berasa terlalu dahaga di waktu siang harinya.

Jom amalkan tips-tips ini untuk kekal cergas sepanjang Ramadhan :)

0 comments:

Post a Comment