Gout ; Apa yang perlu kita tahu tentangnya.






APA ITU GOUT?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



GEJALA GOUT

  1. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  2. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  3. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  4. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  5. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  6. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  7. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Bagaimana gout dikesan?

Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.


Bilakah serangan Gout boleh berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya
  1. Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  2. Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  3. Minum alkohol berlebihan.
  4. Kecederaan kepada sendi.
  5. Selepas pembedahan.
Penghidap gout kini tidak perlu runsing kerana Shaklee menyediakan ruang dan peluang untuk anda kembali sihat seperti sedia kala dan bebas dari gout.

Vivix dari Shaklee

BAGAIMANA VIVIX MELAWAN GOUT

Sepertimana yang kita sedia maklum, Vivix melindungi, memperbaiki DNA, dan memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.

Kandungan RESVERATROL yang tinggi di dalam Vivix mampu MENCEGAH keradangan dan bengkak sendi yang disebabkan oleh gout. Malah resveratrol boleh MENGURANGKAN paras asid urik yang tinggi.


Terdapat kajian yang membuktikan keberkesanan Resveratrol dalam melawan masalah Gout.








APA KATA PENGGUNA?









Jika anda atau insan kesayangan anda mengalami masalah gout, Kj sangat sarankan anda mencuba Vivix untuk merasai sendiri keberkesanannya. Anda pasti tidak menyesal 👍


Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

0 comments:

Post a Comment