Tips untuk memulakan bisnes Online

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, mesti ramai yang tercari-cari platform untuk peluang income lebih.

Ada yang bertukar menjadi pemandu Uber, Grab. Ada yang mula buka payung jual nasik lemak, ada yang jual perfume, dan bermacam2 lagi kaedah yang dipilih semata-samata untuk dapatkan duit poket.

Antara platform yang paling popular masa kini adalah BISNES ONLINE. Ramai yang memilih platform ini sebab ianya mudah dan mobile. Yang penting, kena ada data internet 😁




Sebelum anda nak memulakan bisnes online, jom baca dulu tips-tips best dari Dr. Azizan Osman ni ;

TIPS 1 : Tak Perlu Buat Produk Sendiri 

Nak buat produk sendiri, modal besar. Jadi apa alternatif yang ada adalah jual produk orang lain. Tapi haruslah pilih produk yang jenamanya memang sedia ada kukuh. Dan produk yang berkesan.
Kenapa perlu jenama yang kukuh? Sebab jenama atau ‘branding’ memberi ‘first impression’ kepada bakal pelanggan. Contoh jenama Coach, bila dengar pun anda akan rasa hebat, dari jenama Ciku. Sudahlah tak pernah dengar, bertambah tak yakinlah bakal pelanggan nak beli.



TIPS 2 : Fikir Untung
Antara kesilapan ramai usahawan adalah mereka mengambil risiko tinggi untuk memulakan perniagaan. Ya berani itu penting. Tapi kalau ianya mengakibatkan kerugian, bukankah tidak berfaedah. Jadi, sebaiknya fikirkan keuntungan dahulu.
Untung di awal mula bisnes online tidak perlulah besar. Asalkan ianya konsisten bertambah, ia adalah petanda yang baik.Bayangkan jika anda usaha sikit pun sudah dapat untung, apatah lagi kalau anda gandakan usaha. Maka berganda-gandalah keuntungan.



TIPS 3 : Modal Bisnes Yang Rendah
Tak perlu ambil risiko buat pinjaman bank sebab nak berniaga. Kita mulakan dengan apa yang kita mampu. Contoh anda ada RM100, anda boleh buat modal untuk beli shawl dan jual secara online. Tak perlu ada kedai sebenar. Cukup kedai di online blog ataupun Fan Page Facebook.
TIPS 4 : Risiko Rendah
Mulakan bisnes online dengan cara dan risiko yang rendah. Lebih rendah risiko, lebih baik untuk anda yang baru mula meniaga. Bayangkan jika anda sudah beli stok ribu RM, setelah berpenat lelah berbulan-bulan promote di online, stok masih tak jalan. Risiko anda bungkus kedai online adalah lebih besar. Sebaiknya pilih bisnes yang tak memerlukan anda menyimpan stok. Tiada stok bermakna risiko bisnes anda adalah rendah.
Hanya dengan 4 cara mudah mula bisnes online membuatkan anda menjadi usahawan online yang berjaya. Lengkapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu dan seni bisnes online. Bodoh atau kurang ilmu membuatkan bisnes online anda melingkup. Dan selebihnya Just Do It dan binalah ikatan yang baik dengan bisnes partner anda yang terbesar iaitu Allah.

Bisnes online terbaik untuk anda ceburi pastinya bisnes Shaklee kerana ia menepati semua tips2 di atas 💖 Brand Shaklee telah dikenali ramai dan mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Nak tahu bagaimana untuk mulakan bisnes Shaklee anda? Hubungi Kj ya :)




Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Facebook : Juriah Abdullah
FB Page : Wealthy Beauties
Instagram : @kedai_ju

0 comments:

Post a Comment