Shaklee.. Bagaimana semuanya bermula?

Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature

Dialah yang mencipta multivitamin pertama di dunia.. dah berusia 102 tahun Vita-Lea Shaklee.


DILAHIRKAN TIDAK SEPERTI BAYI LAIN, DISAHKAN MENGHIDAP PENYAKIT TIBI

Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit Tibi, dan doktor yg merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Bayangkan sehingga ayah dia dah give up dan seolaholah tunggu je anaknya meninggal.

Tapi ibu dia, yelah kasih ibu kan, Taknak give up. Ibu dia tukar pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.


BERPINDAH DARI KAWASAN PERLOMBONGAN KE KAWASAN PERKAMPUNGAN

Akhirnya ayah dia bawa mereka anak beranak pindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat sit lebih dekat dengan nature. Udara segar dan makanan yg fresh. Ibu dia terus usaha supaya anak dia sihat macam baby lain. 

Walaupun anak dia tak bergerak-gerak tapi dia sangat positif. Sampailah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy. Dr forrest  mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan tersebut..

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.


CIPTA PRODUK NUTRISI PADA USIA 21 TAHUN

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan. Selepas sakit dia kaji apa bahan dia makan sejak kecil sampai dia boleh sembuh..

Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam untuk tolong orang yang sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Akhirnya  menjadi flying doctor pertama di kawasannya.


SEKALI LAGI DITIMPA UJIAN, BELIAU DISAHKAN MENGHIDAP KANSER

Disebabkan kerjanya berkaitan dgn tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama..

Sekali lagi Forrest tak nak give up. 

Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dengan pemakanan berasaskan herba dan buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak. Dos yang banyak untuk bantu dia kembali sihat.


Inilah vitaela yng kita makan tu. sejak 1915 lagi 102 tahun dah, ini pakaging lama, classic

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.


FIRST DRUGLESS CLINIC

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi “first drugless clinic”. 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. 

Pertama, doktor cakap dia tak boleh hidup lama semasa dilahirkan.
Kedua semasa kanser.


SENTIASA POSITIF DAN TAK PUTUS ASA

Sikap positif, tak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.

Sebab tu bila orang cakap shaklee bahaya. saya cakap bahan-bahan semua semula jadi. Kimia digunakan juga sumber semula jadi sebab tu mahal.dan berbaloi utk dimakan dan dibeli.

Itulah motivasi pengedar-pengedar Shaklee. Kj nak berbakti dan berkongsi yang terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap-cakap orang atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dgn ikhlas dan Allah redha.

Begitulah kisah di sebalik jenama Shaklee yang masih kekal utuh sehingga kini. Semangat hidup Dr.Forrest Shaklee sangat memberi inspirasi kepada semua pengedar Shaklee untuk terus berkongsi kebaikan produk keluarannya. Yang lebih best, kalau dulu Dr. Forrest Shaklee buat sorang-sorang je untuk bangunkan jenama ini, sekarang kajian terhadap produk Shaklee disertai oleh ratusan saintis bagi memastikan keberkesanan produknya kepada kita semua.


Salah seorang daripadanya adalah Dr.Bruce Daggy, CHIEF SCIENCE OFFICER, bukanlah doktor-doktor biasa yang masih rujuk buku teks dan lain-lain. InsyAllah yakin dengan ALLAH DULU, baru yakin produk dan manusia.

Tak semua doktor dan orang-orang kesihatan boleh cakap termasuk saya, sebab tu saya perlu follow SHAKLEE, kena rapat dengan orang-orang atas shaklee untuk faham dan lebih yakin untuk share kebaikan Shaklee.

Semoga kisah Dr. Forrest Shaklee ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada kita semua untuk terus positif dan tidak mudah putus asa 💗

Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

0 comments:

Post a Comment