Kenapa ESP popular sangat?

Dalam banyak-banyak produk Shaklee, antara yang paling popular adalah ESP. Disebabkan ESP ni all rounder, ibu mengandung boleh minum, ibu berpantang, mereka yang nak slim, yang nak gemuk, abam sado, penghidap gastrik, macam-macam lagi la. Tapi, apa yang membuatkan ESP ni special sangat ek? Korang tau? Tak tau? Jom baca post ni ok :)

Post ini diekstrak dari kelas dari group whatsapp mamareen 💖



ESP yang popular ni umurnya sudah berapa tahun? ESP ni ke yang ada orang cakap kalau minum jadi kanser? 

ESP yang dikatakan bahaya ni umurnya dah lebih 50 tahun. Berapa ramai yang disahkan mati sebab bahaya ESP? Alhamdulillah, tiada :) In Sha Allah ESP tidak merbahaya.

Malah Esp adalah SUSU SOYA PERTAMA DI DUNIA dan yang pertama menggunakan soya NON GMO. ESP ni siapa yang cipta? Tukang kasut ka? Tukang kebun ka? Yang saja cipta nak buat duit ka? Yang cipta ESP adalah Dr. Forrest Shaklee iaitu Founder Shaklee. Dia buat ujian klinikal soya bagus untuk kesihatan. Tetapi soya NON GMO ye bukan soya lain.

Rupa asal ESP 😃
Apa dia Non GMO tu?
Non-GMO (Non Genetically Modified Organism) - Tidak diubah suai secara genetik.
Tiada racun, tiada bahan kimia, tiada ubat-ubat dan ditanam secara semula jadi. Dan paling penting soya yang dimasak dengan suhu rendah. Kalau soya dimasak suhu tinggi, akan rosak vitamin dia         Jadi soya yang panas kita dok minum tu? krik..krik..krik..bukan tak bagus, tapi dah kurang khasiat dia. Dan kita tak tahu soya tu mai dari mana,kalau tanam sendiri ok la. Susah tau nak jmpa soya NON GMO kat luar sana. Jadi, sebab tu lah KENA MINUM ESP SHAKLEE 💕

Besar kan tong ESP 😎

1 tong ada 850G. Ramai customer terkejut bila dapat ESP. Sebab diaorang dok pergi kedai-kedai jamu tengok tong-tong air jenama lain-lain tu kecik. Tiba-tiba dapat ESP besar 😃 Dalam 1 tong ESP tu ada 30Kg soya ye. Dikisar-kisar jadi halussss.

Paling penting siapa pernah dengar Amino Acid?

Apa dia Amino Acid?
Asid Amino adalah komponen yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. sangat penting untuk kesihatan. Tapi sayangnya badan kita tak boleh hasilkan amino acid dengan sendirinya.

Amino Acid ni ibarat blok-blok binaan dalam badan kita. Kalau kita tak dapat asid amino yang cukup dalam diet, kesihatan boleh terjejas. Asid Amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, tumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon. Terumtamanya hormon estrogen, bab ni jauh lagi kalau nak teroka. Jadi bagi basic-basic dulu 😊



Dah 4 tahun lebih saya minum ESP. Entah berpuluh tong terbuang. ESP sesuai untuk semua peringkat umur. Tua muda miskin kaya, kanak-kanak bawah 1 tahun je yang tak sesuai. ESP ni bagus untuk orang ada KENCING MANIS, sebab?

Sebabnya ESP ni LOW GLYSEMIC INDEX (G.I) 39 je GI dia. Penghidap kencing manis kena makan makanan yang rendah GI.

Bacaan GI paling rendah adalah 50. Atas dari 50 tidak sesuai untuk penghidap kencing manis. Kalau dh ada kencing manis, minum esp tapi minum air kopi atau air 3 in 1, makan tak jaga, tak guna juga 😢 Jadi, siapa yang minum ESP memang untuk kencing manis, perlu semak semula menu harian.

Kenapa ESP ni bagus untuk penghidap kencing manis? Kita cakap bab kencing manis dulu ya. GI yang tinggi lambat nak bebaskan glukos dalam darah. Jadi bila ambil makanan rendah GI, dia bantu pecahkan gula perlahan-lahan dan bebaskan dalam badan. Jadi tak la tersimpan dalam badan.

Apa lagi sumber protein selain ESP?

Daging
Telur
Ikan
Ayam

ESP 2 kali ganda baik dari protein daging ; 4 kali ganda baik dari Telur ; 12 kali ganda dari susu low fat ; 6 kali ganda lebih baik dari Roti.

Bebas kolestrol (orang ada kolestrol minum esp)                      
Tiada acid urid (orang ada gout boleh minum)              
Mudah diserap dalam badan

Soya kita tak cuci pakai akohol, kita pakai air aje untuk mengekalkan isoflavones untuk bekalkan kebaikan soya. Sekarang masuk bab paling best, soya bagi cantik. Nak cantik bukan terus minum jadi macam Nora Danish, tipu la kan. Kena ambik masa dia nak rawat dalaman. ESP memang untuk hormon juga tau. Jadi dia boleh stabilkan hormon kita, yang period gelong tu, minum la ESP :)

MANFAAT ESP

  1. Awet muda ; kuku cantik, rambut lebat, kening bagi ada 😂 kulit mulus dan tulus.
  2. Baik untuk hormon. Kacang soya baik untuk tingkatkan hormon.
  3. Masalah prostate ; ini masalah orang lelaki, dan cegah kanser ovari
  4. Meremajakan kulit ; rangsang pertumbuhan semula kulit dan otot, kurangkan kedutan, pejalkan otot dan cepatkan proses luka
  5. Bekalkan tenaga ; tenaga segera, tingkatkan imun, migrain insomia dan stress
  6. Masalah rambut gugur,beruban.

Kenapa kena minum ESP?
Penting ke ESP? Tak penting pun ESP ni, sebab kita tak minum ESP pun boleh dapat protein dari sumber lain. Ikan kan ada, ayam, daging. Jimat. Tapi apa yang buatkan kita kena minum ESP?

Sebab susahnya nak dapat ayam tanpa suntikan zaman sekarang, tapi terpaksa makan. Nak dapat ayam organik, mahal, susah. Jadi nak taknak kena kurangkan makan ayam. Ikan beli yg fresh-fresh, sayur yang dah dimakan ulat tapi sayur kita pilih yg cantik-cantik, ayam nak yg gemuk-gemuk. Salah ke saya cakap?

Saya bila ke pasar, pilih yang ulat makan, lubang-lubang. Balik rumah, bilas dengan Basic H sebab sayur yang cantik susah la takde racun.

Protein ESP bantu hasilkan tisu kulit baru, sebab tu kalau luka ke, bersalin ceaser/normal, isi cepat elok tutup cantik je. Adik ipar saya ceaser, parut jahit tak timbul 😃

Cara minum ESP
ESP boleh diminum 2-3 kali sehari (perut kosong)
Campur la apa-apa air yang korang rasa sedap.
Tapi tak boleh bancuh dengan air panas dan tak boleh campur dengan air berkafein.

Siapa tak boleh minum ESP?
Pesakit Buah Pinggang.

Pesakit buah pinggang selalunya mengalami masalah untuk menapis protein dan cecair dalam tubuh. Pengambilan ESP yang berprotein tinggi boleh menjejaskan fungsi buah pinggang pesakit buah pinggang yang telah rosak. Mereka hanya boleh menerima protein dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Jom kita tengok testimoni-testimoni best pengguna ESP.










ESP ni memang tersangatlah best. Terlalu banyak kebaikannya, nak tulis semuanya dalam post ni memang akan jadi terlalu panjang. Rugi sangat pada sesiapa yang belum cuba ESP.

Kepada yang nak cuba ESP, harga runcit setong ESP = RM159
Nak lebih murah? Contact Kj tau :)
               
Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

0 comments:

Post a Comment