Shaklee.. Bagaimana semuanya bermula?

Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature

Dialah yang mencipta multivitamin pertama di dunia.. dah berusia 102 tahun Vita-Lea Shaklee.


DILAHIRKAN TIDAK SEPERTI BAYI LAIN, DISAHKAN MENGHIDAP PENYAKIT TIBI

Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit Tibi, dan doktor yg merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Bayangkan sehingga ayah dia dah give up dan seolaholah tunggu je anaknya meninggal.

Tapi ibu dia, yelah kasih ibu kan, Taknak give up. Ibu dia tukar pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.


BERPINDAH DARI KAWASAN PERLOMBONGAN KE KAWASAN PERKAMPUNGAN

Akhirnya ayah dia bawa mereka anak beranak pindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat sit lebih dekat dengan nature. Udara segar dan makanan yg fresh. Ibu dia terus usaha supaya anak dia sihat macam baby lain. 

Walaupun anak dia tak bergerak-gerak tapi dia sangat positif. Sampailah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy. Dr forrest  mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan tersebut..

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.


CIPTA PRODUK NUTRISI PADA USIA 21 TAHUN

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan. Selepas sakit dia kaji apa bahan dia makan sejak kecil sampai dia boleh sembuh..

Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam untuk tolong orang yang sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Akhirnya  menjadi flying doctor pertama di kawasannya.


SEKALI LAGI DITIMPA UJIAN, BELIAU DISAHKAN MENGHIDAP KANSER

Disebabkan kerjanya berkaitan dgn tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama..

Sekali lagi Forrest tak nak give up. 

Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dengan pemakanan berasaskan herba dan buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak. Dos yang banyak untuk bantu dia kembali sihat.


Inilah vitaela yng kita makan tu. sejak 1915 lagi 102 tahun dah, ini pakaging lama, classic

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.


FIRST DRUGLESS CLINIC

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi “first drugless clinic”. 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. 

Pertama, doktor cakap dia tak boleh hidup lama semasa dilahirkan.
Kedua semasa kanser.


SENTIASA POSITIF DAN TAK PUTUS ASA

Sikap positif, tak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.

Sebab tu bila orang cakap shaklee bahaya. saya cakap bahan-bahan semua semula jadi. Kimia digunakan juga sumber semula jadi sebab tu mahal.dan berbaloi utk dimakan dan dibeli.

Itulah motivasi pengedar-pengedar Shaklee. Kj nak berbakti dan berkongsi yang terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap-cakap orang atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dgn ikhlas dan Allah redha.

Begitulah kisah di sebalik jenama Shaklee yang masih kekal utuh sehingga kini. Semangat hidup Dr.Forrest Shaklee sangat memberi inspirasi kepada semua pengedar Shaklee untuk terus berkongsi kebaikan produk keluarannya. Yang lebih best, kalau dulu Dr. Forrest Shaklee buat sorang-sorang je untuk bangunkan jenama ini, sekarang kajian terhadap produk Shaklee disertai oleh ratusan saintis bagi memastikan keberkesanan produknya kepada kita semua.


Salah seorang daripadanya adalah Dr.Bruce Daggy, CHIEF SCIENCE OFFICER, bukanlah doktor-doktor biasa yang masih rujuk buku teks dan lain-lain. InsyAllah yakin dengan ALLAH DULU, baru yakin produk dan manusia.

Tak semua doktor dan orang-orang kesihatan boleh cakap termasuk saya, sebab tu saya perlu follow SHAKLEE, kena rapat dengan orang-orang atas shaklee untuk faham dan lebih yakin untuk share kebaikan Shaklee.

Semoga kisah Dr. Forrest Shaklee ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada kita semua untuk terus positif dan tidak mudah putus asa πŸ’—

Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Diabetes ; Bolehkah ia diatasi?



Menurut kajian Morbiditi Kebangsaan, pada tahun 2011 Malaysia merekodkan 15.2 peratus pengidap Diabetes berbanding hanya 11.6 peratus pada 2006. Pada tahun 2014 dikatakan sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap Diabetes dan pada tahun 2015 kajian mendapati penyakit itu meningkat kepada 17.5 peratus iaitu kira-kira 3.5 juta orang sekaligus menyenaraikan Malaysia antara negara yang mempunyai peratusan pesakit diabetes yang tinggi di Asia Tenggara. Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Apa itu Diabetes?

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.

Gejala Diabetes

Bagaimana untuk anda tahu samada anda menghidap diabetes sebelum berjumpa dengan doktor? Terdapat pelbagai gejala yang menunjukkan anda mungkin menghidapinya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan pengesahan darinya.


Faktor Penyebab Diabetes

  1. Memiliki Orang Tua Atau Saudara Dekat Yang Menderita Kencing Manis
  2. Usia Lebih Dari 40 Tahun
  3. Pola Makan Yang Salah
  4. Gaya Hidup Yang Tidak Dapat Menghindari Stres
  5. Berat Badan Melebihi Normal Atau Obesiti
  6. Mempunyai Pengalaman Melahirkan Bayi Dengan Berat Lebih Dari 4kg
  7. Mengalami Diabetes Ketika Hamil
  8. Kurang bersenam
  9. Merokok dan Meminum Alkohol
  10. Memiliki sejarah Hypertension


Bagaimana Vivix boleh mengatasi Diabetes?

Pada post kali ini, Kj nak huraikan sedikit sebanyak tentang bagaimana produk Shaklee, khususnya Vivix boleh membantu mengatasi masalah Diabetes. Apa itu Vivix Shaklee? Sebelum meneruskan post ini, ingin Kj tegaskan bahawa Vivix Shaklee bukanlah UBAT kencing manis tetapi ia merupakan Supplement yang membantu untuk mengurangkan dan menstabilkan kandungan gula dalam darah selain berfungsi antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas.

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada penghidap diabetes dengan:

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) 

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.
Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan protein AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

Jom kita tengok apa kata pengguna yang sudah mengamalkan Vivix dan berjaya menurunkan paras bacaan gula dalam darah.























Pelbagai kisah kegembiraan disebalik gambar yang Kj kongsikan dari testimoni ini. In Sha Allah, Vivix sangat-sangat disyorkan pada mereka yang menghidap penyakit kronik seperti Diabetes ini.

Ramai di kalangan customer Kj membeli Vivix untuk dihadiahkan kepada orang tua mereka 😍

Anda juga ingin cuba?
Harga runcit bagi satu botol Vivix adalah RM503.50

Tetapi dengan pembelian Twin Pack, anda boleh menikmati penjimatan sebanyak RM200 dan mendapat KEAHLIAN PERCUMA; BONUS - Anda juga layak menerima REBAT TUNAI.

Ingin mencuba Vivix dengan harga istimewa? Hubungi Kj :)
Kj pasti setiap ringgit yang anda laburkan untuk Vivix adalah berbaloi-baloi!!

In Sha Allah, Vivix mampu dan TERBUKTI berkesan melawan penyakit Diabetes

Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Alternatif Terbaik Buat Penghidap Darah Tinggi


Lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, dengan itu menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia.

Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996, tambah beliau dalam ucapan pembukaan di Mesyuarat Tahunan Saintifik Ketujuh Persatuan Hipertensi Malaysia. Sumber : Utusan Online.


Apakah itu darah tinggi?
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.


Apakah itu tekanan darah tinggi?
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. 
Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. 
Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. 
Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).


Inilah penyakit yang seringkali kita dengar dihidapi oleh rakyat Malaysia. Dengan keadaan sekeliling yang serba mencabar sekarang, semakin ramai diramal akan menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Ekonomi tak menentu, bebanan kerja, tekanan dalam pembelajaran, harga minyak dan barang yang semakin meningkat, cara pemakanan, dan pelbagai lagi faktor boleh menjadi penyebab kepada penyakit ini.

Ibarat saluran paip yang tersumbat, pasti air tak dapat mengalir dengan lancar, lama-lama boleh pecah. Itulah ibaratnya saluran darah penghidap tekanan darah tinggi.

Post kali ini, Kj akan fokuskan kepada alternatif utama yang diyakini dapat menyelesaikan masalah tekanan darah tinggi. Alternatif yang Kj maksudkan adalah Vivix Shaklee πŸ’•


Kenapa VIVIX?

Apa kaitan Vivix dengan penyakit tekanan darah tinggi? Berkesan ke?

πŸ’•Kandungan Vivix yang kaya dengan resveratrol sangat-sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

πŸ’•  Resveratrol dapat menurunkan trigliserida , LDL, dan lemak berlebihan di dalam darah serta meningkatkan nisbah kolesterol HDL dan LDL.

πŸ’•Resveratrol di dalam Vivix juga berperanan sebagai "pembersih pembuluh darah", membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah. 

πŸ’•Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix juga dapat mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada pembuluh darah)

πŸ’• Mencegah kekejangan pembuluh darah

πŸ’• Mengawal bekalan darah normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh

πŸ’• Memperbaiki pengerasan pembuluh nadi dan tekanan darah serta mencegah penyakit yang berkaitan dengan saluran darah

Dalam erti kata lain, Vivix membantu memastikan pengedaran darah penghidap tekanan darah tinggi supaya ianya berjalan dengan lancar dan memastikan tiada pembekuan darah beralaku yang boleh menyebabkan stroke.

Alhamdulillah, sudah ramai penghidap tekanan darah tinggi kini bebas dari penyakit itu dan kini tidak lagi bergantung pada ubatan hospital (atas nasihat doktor). Walaupun harga bagi sebotol Vivix adalah tinggi, tetapi jika hendak dibandingkan dengan kos rawatan yang kita perlu tanggung dan kebimbangan risiko penyakit ini, tak salah untuk kita laburkan duit ke arah kesihatan yang mantap. Dan pelaburan untuk sebotol Vivix adalah satu pelaburan yang dijamin berbaloi!
Jom kita tengok apa kata pengguna yang puas hati dengan Vivix untuk masalah Tekanan darah Tinggi;






Harga runcit bagi satu botol Vivix adalah RM503.50,

Tetapi dengan pembelian Twin Pack, anda boleh menikmati penjimatan sebanyak RM200 dan mendapat KEAHLIAN PERCUMA; BONUS - Anda juga layak menerima REBAT TUNAI.

Ingin mencuba Vivix dengan harga istimewa? Hubungi Kj :)

In Sha Allah, Vivix mampu dan TERBUKTI berkesan melawan penyakit Tekanan Darah Tinggi.

Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Kenapa ESP popular sangat?

Dalam banyak-banyak produk Shaklee, antara yang paling popular adalah ESP. Disebabkan ESP ni all rounder, ibu mengandung boleh minum, ibu berpantang, mereka yang nak slim, yang nak gemuk, abam sado, penghidap gastrik, macam-macam lagi la. Tapi, apa yang membuatkan ESP ni special sangat ek? Korang tau? Tak tau? Jom baca post ni ok :)

Post ini diekstrak dari kelas dari group whatsapp mamareen πŸ’–



ESP yang popular ni umurnya sudah berapa tahun? ESP ni ke yang ada orang cakap kalau minum jadi kanser? 

ESP yang dikatakan bahaya ni umurnya dah lebih 50 tahun. Berapa ramai yang disahkan mati sebab bahaya ESP? Alhamdulillah, tiada :) In Sha Allah ESP tidak merbahaya.

Malah Esp adalah SUSU SOYA PERTAMA DI DUNIA dan yang pertama menggunakan soya NON GMO. ESP ni siapa yang cipta? Tukang kasut ka? Tukang kebun ka? Yang saja cipta nak buat duit ka? Yang cipta ESP adalah Dr. Forrest Shaklee iaitu Founder Shaklee. Dia buat ujian klinikal soya bagus untuk kesihatan. Tetapi soya NON GMO ye bukan soya lain.

Rupa asal ESP πŸ˜ƒ
Apa dia Non GMO tu?
Non-GMO (Non Genetically Modified Organism) - Tidak diubah suai secara genetik.
Tiada racun, tiada bahan kimia, tiada ubat-ubat dan ditanam secara semula jadi. Dan paling penting soya yang dimasak dengan suhu rendah. Kalau soya dimasak suhu tinggi, akan rosak vitamin dia         Jadi soya yang panas kita dok minum tu? krik..krik..krik..bukan tak bagus, tapi dah kurang khasiat dia. Dan kita tak tahu soya tu mai dari mana,kalau tanam sendiri ok la. Susah tau nak jmpa soya NON GMO kat luar sana. Jadi, sebab tu lah KENA MINUM ESP SHAKLEE πŸ’•

Besar kan tong ESP 😎

1 tong ada 850G. Ramai customer terkejut bila dapat ESP. Sebab diaorang dok pergi kedai-kedai jamu tengok tong-tong air jenama lain-lain tu kecik. Tiba-tiba dapat ESP besar πŸ˜ƒ Dalam 1 tong ESP tu ada 30Kg soya ye. Dikisar-kisar jadi halussss.

Paling penting siapa pernah dengar Amino Acid?

Apa dia Amino Acid?
Asid Amino adalah komponen yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. sangat penting untuk kesihatan. Tapi sayangnya badan kita tak boleh hasilkan amino acid dengan sendirinya.

Amino Acid ni ibarat blok-blok binaan dalam badan kita. Kalau kita tak dapat asid amino yang cukup dalam diet, kesihatan boleh terjejas. Asid Amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, tumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon. Terumtamanya hormon estrogen, bab ni jauh lagi kalau nak teroka. Jadi bagi basic-basic dulu 😊



Dah 4 tahun lebih saya minum ESP. Entah berpuluh tong terbuang. ESP sesuai untuk semua peringkat umur. Tua muda miskin kaya, kanak-kanak bawah 1 tahun je yang tak sesuai. ESP ni bagus untuk orang ada KENCING MANIS, sebab?

Sebabnya ESP ni LOW GLYSEMIC INDEX (G.I) 39 je GI dia. Penghidap kencing manis kena makan makanan yang rendah GI.

Bacaan GI paling rendah adalah 50. Atas dari 50 tidak sesuai untuk penghidap kencing manis. Kalau dh ada kencing manis, minum esp tapi minum air kopi atau air 3 in 1, makan tak jaga, tak guna juga 😒 Jadi, siapa yang minum ESP memang untuk kencing manis, perlu semak semula menu harian.

Kenapa ESP ni bagus untuk penghidap kencing manis? Kita cakap bab kencing manis dulu ya. GI yang tinggi lambat nak bebaskan glukos dalam darah. Jadi bila ambil makanan rendah GI, dia bantu pecahkan gula perlahan-lahan dan bebaskan dalam badan. Jadi tak la tersimpan dalam badan.

Apa lagi sumber protein selain ESP?

Daging
Telur
Ikan
Ayam

ESP 2 kali ganda baik dari protein daging ; 4 kali ganda baik dari Telur ; 12 kali ganda dari susu low fat ; 6 kali ganda lebih baik dari Roti.

Bebas kolestrol (orang ada kolestrol minum esp)                      
Tiada acid urid (orang ada gout boleh minum)              
Mudah diserap dalam badan

Soya kita tak cuci pakai akohol, kita pakai air aje untuk mengekalkan isoflavones untuk bekalkan kebaikan soya. Sekarang masuk bab paling best, soya bagi cantik. Nak cantik bukan terus minum jadi macam Nora Danish, tipu la kan. Kena ambik masa dia nak rawat dalaman. ESP memang untuk hormon juga tau. Jadi dia boleh stabilkan hormon kita, yang period gelong tu, minum la ESP :)

MANFAAT ESP

  1. Awet muda ; kuku cantik, rambut lebat, kening bagi ada πŸ˜‚ kulit mulus dan tulus.
  2. Baik untuk hormon. Kacang soya baik untuk tingkatkan hormon.
  3. Masalah prostate ; ini masalah orang lelaki, dan cegah kanser ovari
  4. Meremajakan kulit ; rangsang pertumbuhan semula kulit dan otot, kurangkan kedutan, pejalkan otot dan cepatkan proses luka
  5. Bekalkan tenaga ; tenaga segera, tingkatkan imun, migrain insomia dan stress
  6. Masalah rambut gugur,beruban.

Kenapa kena minum ESP?
Penting ke ESP? Tak penting pun ESP ni, sebab kita tak minum ESP pun boleh dapat protein dari sumber lain. Ikan kan ada, ayam, daging. Jimat. Tapi apa yang buatkan kita kena minum ESP?

Sebab susahnya nak dapat ayam tanpa suntikan zaman sekarang, tapi terpaksa makan. Nak dapat ayam organik, mahal, susah. Jadi nak taknak kena kurangkan makan ayam. Ikan beli yg fresh-fresh, sayur yang dah dimakan ulat tapi sayur kita pilih yg cantik-cantik, ayam nak yg gemuk-gemuk. Salah ke saya cakap?

Saya bila ke pasar, pilih yang ulat makan, lubang-lubang. Balik rumah, bilas dengan Basic H sebab sayur yang cantik susah la takde racun.

Protein ESP bantu hasilkan tisu kulit baru, sebab tu kalau luka ke, bersalin ceaser/normal, isi cepat elok tutup cantik je. Adik ipar saya ceaser, parut jahit tak timbul πŸ˜ƒ

Cara minum ESP
ESP boleh diminum 2-3 kali sehari (perut kosong)
Campur la apa-apa air yang korang rasa sedap.
Tapi tak boleh bancuh dengan air panas dan tak boleh campur dengan air berkafein.

Siapa tak boleh minum ESP?
Pesakit Buah Pinggang.

Pesakit buah pinggang selalunya mengalami masalah untuk menapis protein dan cecair dalam tubuh. Pengambilan ESP yang berprotein tinggi boleh menjejaskan fungsi buah pinggang pesakit buah pinggang yang telah rosak. Mereka hanya boleh menerima protein dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Jom kita tengok testimoni-testimoni best pengguna ESP.










ESP ni memang tersangatlah best. Terlalu banyak kebaikannya, nak tulis semuanya dalam post ni memang akan jadi terlalu panjang. Rugi sangat pada sesiapa yang belum cuba ESP.

Kepada yang nak cuba ESP, harga runcit setong ESP = RM159
Nak lebih murah? Contact Kj tau :)
               
Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Tips untuk memulakan bisnes Online

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, mesti ramai yang tercari-cari platform untuk peluang income lebih.

Ada yang bertukar menjadi pemandu Uber, Grab. Ada yang mula buka payung jual nasik lemak, ada yang jual perfume, dan bermacam2 lagi kaedah yang dipilih semata-samata untuk dapatkan duit poket.

Antara platform yang paling popular masa kini adalah BISNES ONLINE. Ramai yang memilih platform ini sebab ianya mudah dan mobile. Yang penting, kena ada data internet 😁




Sebelum anda nak memulakan bisnes online, jom baca dulu tips-tips best dari Dr. Azizan Osman ni ;

TIPS 1 : Tak Perlu Buat Produk Sendiri 

Nak buat produk sendiri, modal besar. Jadi apa alternatif yang ada adalah jual produk orang lain. Tapi haruslah pilih produk yang jenamanya memang sedia ada kukuh. Dan produk yang berkesan.
Kenapa perlu jenama yang kukuh? Sebab jenama atau ‘branding’ memberi ‘first impression’ kepada bakal pelanggan. Contoh jenama Coach, bila dengar pun anda akan rasa hebat, dari jenama Ciku. Sudahlah tak pernah dengar, bertambah tak yakinlah bakal pelanggan nak beli.



TIPS 2 : Fikir Untung
Antara kesilapan ramai usahawan adalah mereka mengambil risiko tinggi untuk memulakan perniagaan. Ya berani itu penting. Tapi kalau ianya mengakibatkan kerugian, bukankah tidak berfaedah. Jadi, sebaiknya fikirkan keuntungan dahulu.
Untung di awal mula bisnes online tidak perlulah besar. Asalkan ianya konsisten bertambah, ia adalah petanda yang baik.Bayangkan jika anda usaha sikit pun sudah dapat untung, apatah lagi kalau anda gandakan usaha. Maka berganda-gandalah keuntungan.



TIPS 3 : Modal Bisnes Yang Rendah
Tak perlu ambil risiko buat pinjaman bank sebab nak berniaga. Kita mulakan dengan apa yang kita mampu. Contoh anda ada RM100, anda boleh buat modal untuk beli shawl dan jual secara online. Tak perlu ada kedai sebenar. Cukup kedai di online blog ataupun Fan Page Facebook.
TIPS 4 : Risiko Rendah
Mulakan bisnes online dengan cara dan risiko yang rendah. Lebih rendah risiko, lebih baik untuk anda yang baru mula meniaga. Bayangkan jika anda sudah beli stok ribu RM, setelah berpenat lelah berbulan-bulan promote di online, stok masih tak jalan. Risiko anda bungkus kedai online adalah lebih besar. Sebaiknya pilih bisnes yang tak memerlukan anda menyimpan stok. Tiada stok bermakna risiko bisnes anda adalah rendah.
Hanya dengan 4 cara mudah mula bisnes online membuatkan anda menjadi usahawan online yang berjaya. Lengkapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu dan seni bisnes online. Bodoh atau kurang ilmu membuatkan bisnes online anda melingkup. Dan selebihnya Just Do It dan binalah ikatan yang baik dengan bisnes partner anda yang terbesar iaitu Allah.

Bisnes online terbaik untuk anda ceburi pastinya bisnes Shaklee kerana ia menepati semua tips2 di atas πŸ’– Brand Shaklee telah dikenali ramai dan mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Nak tahu bagaimana untuk mulakan bisnes Shaklee anda? Hubungi Kj ya :)




Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Facebook : Juriah Abdullah
FB Page : Wealthy Beauties
Instagram : @kedai_ju