Lecithin Si Pencair Lemak

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Sesuai dengan promosi sepanjang Februari ini, Kj nak memperkenalkan Lecithin dan keistimewaannya pada anda.

Kenapa ianya popular di kalangan pengguna produk Shaklee?
Apa keistimewaannya?
Apa fungsinya?
Siapa yang boleh makan Lecithin?
Berapa harganya?

Jom..Kj kupaskan satu per satu untuk tatapan anda :)



Apa itu LECITHIN?

Lecithin itu sendiri adalah lemak. Ya, ianya lemak. Tetapi lemak baik :)

Lecithin dinamakan sebagai pengimulsi semulajadi kerana ia mempunyai keupayaan menguraikan lemak kepada molekul lebih kecil supaya senang disingkirkan dari tubuh badan kita. Dalam bahasa ringkasnya, ia akan menyebabkan lemak yang masuk ke dalam badan kita terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Lecithin tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita tetapi kita sangat memerlukannya.

Kapsul Lecithin dari jarak dekat :)

Bantu turunkan berat badan
Lecithin Sangat terkenal dalam membantu menurunkan berat badan dan pelansingan badan di mana lecithin membantu menghalang tubuh daripada menghadapi masalah obesiti. Pengambilan supplement lecithin dalam kuantiti yang banyak iaitu maksimum 6 biji sehari dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang. 


Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, membantu mengemulsi dan memetabolismakan lemak, menurunkan kolestrol dan trigliserid dalam tubuh. 



Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang bersifat larut lemak dengan lebih berkesan. 



Menghalang enapan lemak hati
Menjaga kesihatan hati dengan menghalang enapan lemak pada hati, sirosis hati dan mencegah hati berlemak serta membantu memulihkan kesihatan hati bagi orang yang menghadapi masalah kesihatan hati. 





Melambapkan dan menghaluskan kulit

Soya lecithin membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit dan menjadikan kulit lebih cantik dan gebu, mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan. Ia juga bagus untuk mencegah eczema.


Mencegah dan menangani masalah alergi
Antara manfaat lecithin juga adalah dapat menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi pada tubuh seperti penyakit kulit dan menjadi punca kepada dermatitis dan demam alergi. Jadi, secara tidak langsung lecithin juga berupaya membantu menangani masalah alergi pada tubuh. 


Soya lecithin mengelmulsi kolestrol berlebihan yang menjadi punca kepada 90% kes batu karang dan dapat menyekat kejadian batu karang. 





Memperbaiki daya ingatan
Kolina yang terdapat dalam soya lecithin membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang penyakit nyanyuk dan juga meringankan stress. Wanita hamil disyorkan mengambil lecithin dalam jumlah yang secukupnya untuk menggalakan tumbesaran sihat janin. 

Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan cara menghalang pengerasanarteri atau penebalan pada pembuluh arteri (arteriosklerosis)dan menggalakan peredaran darah.


Memperbaiki masalah prostat dan urethra lelaki 
Pengambilan supplement lecithin sebanyak 6 biji sehari turut memperbaiki masalah prostat dan urethra lelaki 


Menangani masalah sembelit
Soya lecithin juga bermanfaat dalam meringankan masalah sembelit kerana lecithin membantu melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus yang menjadi penyebab sembelit. 





Lecithin juga berguna untuk kesihatan rambut dimana khasiat lecithin menjadikan rambut lebih sihat, kuat dan berkilat. 

Bukan sebagai ejen pelansingan sahaja tetapi juga membantu mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopous. 





Meningkatkan penyerapan zat ke dalam badan

Lecithin berperanan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari ke dalam sel-sel badan dengan lebih berkesan kerana kekurangan kolina yang terdapat dalam lecithin merupakan antara penyebab memberan sel mengeras dan menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting. Banyak faktor yang mendorong kepada pengerasan sel terutamanya bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan logam yang diserap oleh tubuh yang terdapat pada makanan harian, penambah perasa makanan, bahan racun serangga dll. 


Membantu membina sistem imunisasi yang kuat
Soya lecithin membantu membina sistem imunisasi yang kuat dengan menyalut sel darah merah dalam tubuh dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Struktur lecithin juga dapat melindungi sel-sel tubuh dari teroksida 


Menangani masalah 'bengkak susu'
Lecithin juga berfungsi untuk mengeluarkan "clogged duct" yang menyebabkan puting 'nipple' tersumbat. Pengambilan setiap hari secara tidak langsung dapat mencuci "clogged duct" dan seterusnya melancarkan pengeluaran susu ibu. Sesiapa yang menghadapi masalah puting tersumbat bak kata orang tua-tua boleh gunakan lecithin. Kiranya dapat turunkan berat badan, kulit cantik, rambut cantik berkilat, masalah lupa lepas bersalin pun dapat diatasi.



Siapa yang perlu amalkan Lecithin?

Lecithin ni bukan khusus untuk mereka yang ingin turunkan berat badan sahaja tau, tetapi sesuai untuk ramai lagi.

  1. Penghidap Diabetes / Kencing ManisKerana pesakit kencing manis memang perlukan Lecithin dan tidak boleh kekurangan Lecithin.
  2. Mereka yang mengalami masalah keguguran rambutLecithin diperlukan kerana ia mengandungi inositol.
  3. Penghidap Strok.
  4. Penghidap Sakit Buah PinggangLecithin mengandungi Kolina. Ia dapat membantu memproses protein dan secara tak langsung dapat membantu meringankan buah pinggang.
  5. Mereka yang mengalami masalah pelupa.
  6. Mereka yang mengambil karbohidrat yang banyak ; Karbohidrat dapat membentuk lemak dalam darah.
  7. Mereka yang mengalami masalah fokus.
  8. Ibu yang menyusukan anak ; Lecithin dapat membantu melancarkan air susu serta dapat mengurangkan masalah bengkak susu.
  9. Mereka yang menghadapi masalah penghadaman.
Ya..bestkan Lecithin ni..dan apa yang bestnya lagi harganya sangat murah..dan yang paling besttt..sepanjang Februari ini, dengan setiap pembelian Lecithin, anda akan dapat lagi 1 botol PERCUMA..ya, FREE :D


Dan..promosi Buy 1 FREE 1 ini juga melibatkan Alfalfa Complex juga :)
Kj akan share kebaikan Alfalfa dalam post lain ok.

Harga sebotol Lecithin adalah RM55.65..dengan harga ini, anda akan mendapat 2 botol Lecithin..best kan?

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan 360 biji (2 botol) Lecithin dengan hanya RM55.65 :)

Anda berminat nak cuba? Klik pada gambar dibawah :)



Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

0 comments:

Post a Comment