Set Enfuselle bagi Masalah Kulit Berminyak

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Hi semua..seperti yang dijanjikan, Kj akan share tentang set penjagaan kulit muka dari Shaklee iaitu Enfuselle untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak.

Sebelum tu, apa kata kita tengok dulu, kulit kita ni dalam kategori mana, normal ke, kulit kering ke, berminyak ke, sensitif ke ataupun jenis kombinasi (berminyak dan kering).

Sangat penting untuk kita kenal kulit kita sendiri supaya kita tak tersalah pilih produk dan akhirnya menyalahkan sesuatu jenama apabila ianya tak mendatangkan kesan yang terbaik untuk kita.

Anda berada di dalam kulit jenis yang mana?


Set Enfuselle dari Shaklee ni terbahagi kepada dua, iaitu untuk mereka yang di dalam kategori kulit Normal - Kering dan juga Normal - Berminyak.



Untuk post ini, Kj akan fokuskan kepada mereka yang mengalami masalah kulit berminyak.


Untuk Set Kulit Berminyak, Enfuselle menyediakan rangkaian produk yang berikut;

  1. Purifying Cleanser (Gel) (untuk kulit berminyak elakkan guna pencuci muka yg krim based atau lotion based. Sebab kalau pakai yg macam tu boleh menyebabkan kulit bertambah berminyak)
  2. Purifying Toner
  3. Balancing Moisturizer

Kalau anda nak tahu, Kj juga menggunakan set ini. Memang best sangat, dah hampir setahun pakai pun masih belum habis :)

Jom kita tengok apa keistimewaan set ini satu per satu.

Purifying Cleansing Gel
Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.
  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit..Hah. Bukan setakat makan vitamin E. Dalam pencuci muka pon ada vitamin E. Best kan??
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
Cara Penggunaan
Calitkan sedikit sahaja gel ke tapak tangan. Campurkan dengan air bersin dan gosok sehingga berbuih. Ratakan keatas wajah dan gosok dengan lembut (Elakkan dari terkena mata). Bilas dengan air bersih


Purifying Toner
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip..Betul tu. Sebab kalau tengok kadang-kadang air kat rumah kita bukan bersih mana. Cuba bila lama tak bukak lepas balik kampung seminggu. Airnya berkarat kan? So cuba bayangkan air tu la yg kita guna untuk cuci muka. Kalau ada penapis air lain cerita. Kalau takde, camna? Guna enfuselle set la jawabnya. Hehe
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan ekstraklikoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan saiz liang-liang kulit
  • Membantu mengawal kilauan minyak
  • Hipoalergenik
Cara Penggunaan
Selepas membilas wajah, lap wajah anda dengan kain bersih. Kemudian titiskan sedikit toner ke atas kapas muka dan sapu rata ke seluruh wajah termasuk bahagian leher.


Balancing Moisturizer

Formula ringan, bebas minyak dan tidak melekit berupaya mengawal rembesan sebum serta membelai kulit dengan mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan lipid
  • Hipoalergenik
Cara Penggunaan
Calitkan sedikit Enfuselle Balancing Moisturizer dan ratakan ke seluruh wajah agar kulit sentiasa lembab. Ramai yang jatuh cinta dengan balancing moisturizer ni sebab struktur nya yang tidak melekit dan sanagt light. Cuba anda picit-picit wajah anda selepas menggunakan moisturizer, terasa licin dan smooth. Ia setanding dengan produk di luar negara, Sangat Best!!


KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN SET INI?

  • Semestinya kerana set ini berkesan dan selamat (dihasilkan dari bahan semulajadi)
  • Menjimatkan wang anda (1 set boleh bertahan sehingga 1 tahun dan lebih!)
  • Ianya lembut pada wajah tanpa merengsakan kulit
  • Terdapat ribuan testimoni mereka yang telah berjaya menyelesaikan masalah kulit berminyak dan berjerawat menggunakan set ini :)

Antara testimoni pengguna Set Enfuselle (Normal to Oily);










Jika anda berminat untuk selesaikan masalah kulit anda dengan cara yang selamat dan dijamin berkesan, anda boleh dapatkan set ini dari Kj :) atau klik pada gambar di bawah untuk pembelian terus :D



Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)

PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju



TIPS PENJAGAAN MUKA BAGI KULIT BERMINYAK

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Hi semua, apa khabar?

Untuk post kali ni, Kj nak share tips penjagaan kulit muka bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.



Kelenjar sebum boleh menjadi lebih aktif dan menghasilkan minyak yang berlebihan sehingga menyebabkan kulit menjadi sangat berminyak, berkilat dan mendorong kepada masalah kulit yang lain seperti jerawat, bintik hitam dan putih. Jadi, kena pandai menguruskan kulit kita disaat seperti ini ya.
KATAKAN ‘YA’ KEPADA PENCUCI MUKA
Jangan malas mencuci muka. Sangat penting ya untuk kita mencuci muka 2-3 kali sehari bagi memastikan tiada pengumpulan kekotoran dimuka dan minyak berlebihan yang boleh menyebabkan pori tersumbat, jerawat dan sebagainya. Pencuci muka berasaskan gel, atau foaming cleanser sangat sesuai untuk kulit berminyak. Tetapi ketika anda mencuci muka, jangan terlalu kasar atau menggunakan teknik yang kasar kerana ianya akan menghilangkan terus lembapan semulajadi dimuka dan menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan. Dapatkan pencuci muka yang bebas minyak atau berubat yang sesuai dengan kulit berminyak. Pastikan juga ianya semulajadi ya.
SKRUB KULIT ANDA
Ini salah satu rutin yang sangat penting. Pengeluaran minyak yang berlebihan dimuka mendorong kepada pengumpulan sel-sel mati yang menyebabkan kulit kita tersumbat, kusam dan tidak sihat. Jadi skrub kulit anda 1-2 kali seminggu bagi membuang kekotoran dan sel mati serta memberi peluang kepada pertumbuhan kulit baru yang lebih sihat😀
 MASKER MUKA SECARA MINGGUAN
Dah cuci, skrub, jangan lupa bermasker sekali seminggu. Tak perlu masker yang mahal-mahal..petua zaman nenek moyang kita juga boleh digunakan tau
  • Hancur atau tumbuk lumat pulpa betik masak, perahkan lemon dalam setengah biji; gaul rata dan kemudian sapukan pada muka dan urut dengan baik; biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air sejuk. Ini dapat mengawal minyak dengan baik.
  • Kupas epal segar dan potong menjadi kepingan nipis.  Kisarkan sehingga lumat dan kemudian tambahkan2 sudu besar madu. Sapukan pada muka anda. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam. Ini akan mengecilkan liang pori, mengawal minyak dan menghidrat kulit secara semulajadi
TONER TANPA ALKOHOL
Pastikan anda menggunakan alcohol-free toner. Toner yang mengandungi air mawar juga sesuai untuk kulit berminyak.
JANGAN TINGGALKAN PELEMBAP!
Ramai orang yang mempunyai kulit berminyak tak mahu mengenakan pelembap yang boleh menyebabkan kulit lebih melekit dan berminyak. Sebenarnya, penggunaan pelembap sangat penting bagi memastikan kulit kekal lembap dan terhidrat. Jika kulit dibiarkan kering tanpa pelembap, ini akan menggalakkan kelenjar sebum bagi menghasilkan lebih banyak minyak. Jadi, jangan skip ye. pastikan anda menggunakan pelembap yang bebas minyak dan berasaskan air.
 GUNA PELINDUNG MATAHARI YANG SESUAI
Ini satu lagi..ramai mengelak untuk menggunakan krim pelindung matahari kerana ianya boleh menyebabkan kulit rasa melekit kan? Jika anda mengelak dari menggunakan pelindung UV, ia boleh menyebabkan kulit terdedah kepada pancaran matahari secara terus dan menyebabkan pigmentasi, jeragat, jerawat, sunburn. Memang kebanyakan krim pelindung tak sesuai untuk kulit berminyak, tetapi anda boleh menggunakan krim berasaskan air.
Jelas kan? Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, pastikan anda mengamalkan 6 perkara ni ya!
--------------------------
Jika anda masih tercari-cari produk penjagaan muka yang berkesan dan semulajadi, dan sesuai untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak, pastinya Kj cadangkan supaya anda menggunakan Set Enfuselle dari Shaklee!

Kj akan terangkan kebaikan produk ini di dalam post yang berikutnya ok :)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)

PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Lamanya Tak Berblogging!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..

Aduhhh..lamanya Kj tak berblogging!
Maafkan Kj ye..

Baru-baru ni deparment Kj ada anjurkan program Team Building di Langkawi.. Setelah sekian lama tak ada aktiviti macam ni, Alhamdulillah..


Everyone had fun dalam program ni. Ye laa, takkan hari-hari nak mengadap komputer je kan. At least once a year kena la ada program macam ni. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dan seterusnya menghilangkan stress kerja.

Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan setiap tahun :)