FAQ Mengenai Bisnes Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Sejak Kj mendaftar sebagai ahli Shaklee dan bergiat aktif sebagai pengedar, ramai yang PM secara personal tentang bisnes ini. Jadi, post kali ini, Kj listkan Frequently Asked Questions (FAQ) tentang keahlian Shaklee.


Q1
Shaklee ini apa?

A1
haklee adalah syarikat peneraju dalam perniagaan dan penghasilan supplement yang terulung di dunia dan telah berusia lebih 55 tahun. Di Malaysia, ia telah wujud lebih 30 tahun. Anda boleh rujuk www.shaklee.com.my untuk melihat latarbelakang Shaklee di Malaysia.

-----------------------------------------------------------------------------------
Q2
Adakah produk Shaklee halal?

A2
Ya, kesemua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah diiktiraf halal oleh  Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM. Anda boleh semak di sini.


Q3
Bagaimanakah cara untuk saya menjadi ahli Shaklee?

A3
Anda boleh menyertai Shaklee dengan cara berikut;
  1. Menghubungi mana-mana Pengedar Sah Shaklee dan membuat pembayaran berjumlah RM80 untuk keahlian seumur hidup ; atau
  2. Mendaftar secara online di sini ; atau
  3. Sertai secara PERCUMA dengan pembelian produk 200UV ke atas iaitu produk bernilai RM680 dan ke atas dalam satu resit.
---------------------------------------------------------------------------------
Q4
Adakah saya wajib menjual produk setelah menyertai Shaklee?

A4
Tidak, anda tidak diwajibkan untuk menjual produk atau berbisnes setelah menjadi ahli Shaklee. Anda boleh menjadi ahli untuk menikmati produk dengan harga ahli. Namun begitu, jika anda ingin menyertai bisnes Shaklee, ia adalah amat digalakkan :)

------------------------------------------------------------------------------------
Q5
Bolehkah saya memulakan bisnes Shaklee tanpa perlu mengeluarkan modal?

A5
Ya, boleh. Anda cuma perlu mengumpul pesanan/order dari rakan-rakan, saudara mara, keluarga sehingga mencapai pembelian RM680 dan ke atas di dalam satu resit, kami akan daftarkan anda sebagai ahli Shaklee secara PERCUMA.

------------------------------------------------------------------------------------
Q6
Adakah saya perlu membuat pembelian produk setiap bulan untuk mengekalkan keahlian?

A6
Tidak, anda tidak perlu membuat pembelian produk setiap bulan atau pembelian minimum untuk mengekalkan status keahlian Shaklee. Namun begitu, sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback/bonus, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback/bonus, namun keahlian TIDAK terbatal.


------------------------------------------------------------------------------------
Q7
Berapakah nilai pembelian minimum untuk melayakkan saya menerima cashback/bonus?

A7
Pembelian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara.

------------------------------------------------------------------------------------
Q8
Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembelian produk?

A8
Pembelian produk boleh dibuat dengan cara berikut;
  1. Pembelian secara terus/walk in di mana-mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia.
  2. Pembelian melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
  3. Pembelian melalui online di website Shaklee2u (khusus buat ahli yang berdaftar) (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
------------------------------------------------------------------------------------

Q9
Adakah saya perlu menyimpan stok produk untuk tujuan bisnes?

A9
Ia tidak diwajibkan dan bergantung kepada anda untuk berbuat demikian. Shaklee menyediakan perkhidmatan pengeposan untuk terus dihantar kepada pelanggan anda. Ia adalah sama seperti sistem dropship.

------------------------------------------------------------------------------------
Q10
Berapakah jumlah bonus yang boleh saya diperolehi dari bisnes ini?

A10
Bonus yang disediakan untuk semua pengedar Shaklee adalah bergantung kepada usaha dan keluasan network anda. Bonus yang boleh dinikmati adalah serendah dua angka sehinggalah ke 6 angka malahan tiada had.

------------------------------------------------------------------------------------
Q11
Bagaimanakah cara Shaklee membayar Bonus kepada saya?

A11
Bonus akan dikreditkan ke akaun anda pada 14hb setiap bulan yang berikutnya. Sebagai contoh, bonus bagi pembelian bulan Mac, ia akan dikreditkan pada 14hb April. Butiran nombor akaun disediakan oleh anda semasa pendaftaran sebagai ahli.

------------------------------------------------------------------------------------


Q12
Selain dari Cashback/Bonus, apakah keistimewaan lain setelah saya menyertai Shaklee?

A12

Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention

1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :
# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan
# Insentif Coordinator (pangkat)

2. Car
# Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan

3. Convention
Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:

i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan);  20 mata
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :
1. Percutian dalam negara
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.

Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.

------------------------------------------------------------------------------------
Q13
Adakah saya perlu melalui tempoh tertentu sebelum mencapai bonus yang tinggi (4-5 angka)?

A13
Ianya bergantung kepada usaha anda. Anda pengedar yang telah berjaya mencapai bonus 4 angka di dalam bulan pertama menyertai Shaklee dan ada juga yang mencapai bonus 5 angka dalam masa kurang 1 tahun.

------------------------------------------------------------------------------------

Q14
Adakah saya wajib menyertai kelas atau mesyuarat tertentu?

A14
Tidak, di Wealthy Beauties kami menyediakan platform kelas secara online (melalui Whatsapp) dan juga personal coaching. Kelas atau perjumpaan secara offline diadakan secara sekali-sekala jika perlu. Kami mempunyai support group yang besar yang akan membantu satu sama lain untuk berjaya di dalam bisnes ini. Semuanya dijalankan secara online :)

Namun begitu, pihak Shaklee Malaysia banyak mengadakan kelas mengenai produk dan program-program yang menarik untuk semua ahlinya. Ianya bergantung kepada samada untuk menyertainya atau tidak.

------------------------------------------------------------------------------------
Q15
Perlukah saya mencari downlines?

A15
Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati ke hati dan pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai rank Supervisor dan menikmati peratu bonus tertinggi iaitu 21%. Namun sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli/downline anda, inilah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan mereka.

------------------------------------------------------------------------------------

Anda masih mempunyai persoalan? Terus hubungi Kj ya :)

Jika anda berminat untuk menyertai keluarga besar kami di Wealthy Beauties, klik gambar di bawah


Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Collagen Powder Shaklee Yang POWER!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Bila kita dengar perkataan collagen, perkataan pertama yang keluar mesti CANTIK. Asal namanya collagen mesti berkait dengan cantik tetapi sebenarnya collagen bukan sahaja untuk kecantikan, malah ianya merangkumi hampir setiap genap tubuh badan kita.

Semakin meningkat usia kita, semakin nampak segala kedutan di muka, kan? Para wanita khususnya lebih prihatin dalam penjagaan muka. Mula mencari mana produk kecantikan, supplement, suntikan, ubat-ubatan dan sebagainya untuk kelihatan muda remaja. Sebelum kita membeli sesuatu produk itu, perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah mengetahui kandungan produk, faedah dan kesan produk tersebut.

Tanpa kita sedari, kita perlukan collagen kerana ianya adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudan collagen merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.


Collagen disusun mengikut tiga rantai polipetida (monomeric protein) yang terpilih dan membentuk rangkaian triple helix. Collagen terdapat pada keratin (rambut, kuku), kornea, kanta mata. kulit, salur darah, tulang, tendon, rawan sendi, gigi, sumsum tulang dan tisu, dan juga organ seperti buah pinggang, hati, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat Beberapa Jenis Collagen

Collagen 1:
Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.

Collagen 2:
Tulang rawan (komponen utama tulang rawan) dan mata.

Collagen 3:
Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, sumsum tulang, arteri, kulit, usus, rahim

Collagen 4:
Membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan dalaman pembuluh darah.

Collagen 5:
permukaan sel, rambut dan uri.



Fungsi Collagen Dalam Penghasilan Asid Amino Penting
  • Menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
  • Hydroxyprolin: memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
  • Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
  • Menampung air dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium.
  • Menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit. 
  • Meningkatkan isyarat induksi. 
  • Lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
  • Alanin, prolin dan asparagin: menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • Arginin: memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.

Kebaikan Dan Keistimewaan Collagen Shaklee
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
  • Memelihara kelembapan kulit.
  • Menguatkan otot dan tulang.
  • Menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
  • Memelihara kelenturan sendi.
  • Mengurangkan keradangan (inflammation).
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf

Collagen Shaklee Yang Terbaik Sebagai Suplemen
  • Shaklee Collagen Powder ialah suplemen collagen yang tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Collagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tuleh dan berkualiti tinggi dari sisik ikan merah. 
  • Collagen ikan merah dihidrolisis adalah yang terbaik. 
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan collagen dalam kulit. 
  • Berat molekul yang sangat ringan, kurang daripada 1.000Dalton adalah lebih mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis collagen pada lapisan dermis.
  • Collagen Shaklee dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, collagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophillus, vitamin B dan vitamin C. 
  • Collagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada collagen manusia.
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan. Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel. 
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baik pulih tisu penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan dan kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya collagen dan kerosakan tulang rawan.
  • Hati manusia juga memproses collagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan collagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
Ingin dapat Collagen dengan harga promosi? Klik pada gambar di bawah :)


Ingin nikmati Collagen dengan harga ahli? Tanya Kj


Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Kenapa Collagen Powder Shaklee Lain Dari Yang Lain

Bimillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)

Collagen bukanlah perkataan yang asing buat semua wanita yang mementingkan kecantikan. Tahukah anda, Shakle juga mempunyai produk collagen yang berkualiti tinggi? Kenapa Kj boleh kata collagen dari Shaklee berkualiti tinggi? Jom baca lebih lanjut :)


Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen
  • Ekstrak biji Camellia Japonica - mengandungi ekstrak asid oliek dan isoflavon, membekalkan nutrisi dan penghidratan 
  • Ekstrak kulit kerang laut - kandungan Glukosamina berfungsi sebagai pelincir sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata
  • Ekstrak Pfaffia - meningkatkan prestasi tenaga, dan diguna secara tradisional untuk merawat keguguran rambut, hormon tak seimbang dan peningkatan tenaga batin
  • Vitamin C - merangsang pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang akan merosakkan kulit
  • Vitamin B2, B6 - bergabung dengan lemak, karbohidrat dan metabolisme protien untuk membekalkan tenaga yang penting di dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel-sel tubuh.
  • Kolagen ikan - membekalkan elastin untuk mengekalkan kulit yang lebih anjal

Kombinasi 7 bahan istimewa ini menghasilkan Collagen Powder yang bertindak sebagai antioksida, menganjalkan kulit dan memastikan kulit sentiasa terhidrat.

Di sini Kj nak bagi anda 3 Sebab UTAMA kenapa Shaklee Collagen Powder kami istimewa dan lain dari lambakan jenama kolagen yang berada di pasaran.


Penyerapan sangat baik!

Shaklee Collagen Powder mempunyai berat molekul yang sangat sangat rendah iaitu 1000 Dalton berbanding yang biasa ada kt pasaran; 300,000 Dalton. Bila berat molekul sangat rendah; ini membantu Shaklee Collagen Powder diserap masuk lebih sempurna, mudah dan efisien ke dalam kulit.


Kolagen Tulen dan Kualiti Tinggi!

Shaklee Collagen Powder terdiri drpada 4000mg* RSS (Red Snapper Scale) yang semestinya mempunyai kolagen yang sangat tulen dan kualiti sangat tinggi! RSS ini kulit ikan merah laut dalam yang memberikan kualiti tulen kolagen! Bukan ikan merah kat pasar pula :D

*Berbanding kolagen di pasaran hanya berkadar 1000-3000mg shj


Terbukti dalam 8 minggu!

Berdasarkan kajian, Shaklee Collagen Powder yang diambil melalui Oral / Makan / Minum akan memberi kesan  tambahbaik pada keadaan keseluruhan kulit dari segi kelembapan, kegebuan, keanjalan, kecerahan, ketegangan dalam masa 8 minggu; yang penting kita konsisten ambil hari-hari Shaklee Collagen Powder ini.



Disebabkan 3 ciri significant inilah Shaklee Collagen Powder sangat digemari ramai!
Tak percaya? Jom kita tengok testimoni cutomer yang dan berjaya kembali jelita dan sihat setelah mengamalkan Shaklee Collagen Powder :)













Best kan? Nak tahu apa yang lagi best?? Bulan ini anda boleh dapatkan Shaklee Collagen Powder dengan harga promosi!

Beli 2 kotak dengan diskaun 5% ; atau
Percuma 1 Kotak dengan pembelian 6 Kotak

Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2016 :)

Jika berminat, anda boleh buat pembelian terus dengan klik pada gambar di bawah


Jika ingin dapatkan Shaklee Collagn Powder dengan harga ahli atau inginkan konsultasi lanjut, hubungi Kj ya :)


Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Kenapa Brand Shaklee Diyakini Selamat dan Berkesan? Jawapannya Adalah Landmark Study Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..

Kali ni Kj nak share kenapa brand Shaklee is the best out of the rest!
Semua orang boleh claim produk saya ni no# 1 di kampung saya, no# 1 di Malaysia, no# 1 di US tapi apa buktinya? Betulkah berkesan?

Mr. Roger Barnett, CEO Shaklee pun tak puas hati suatu masa dahulu. Walaupun dia dah rasa best sendiri sebab dah guna dan berkesan, nak puaskan hatinya dan orang lain, biarlah ada BUKTI yang DIAKUI dan diIKTIRAF ramai dan orang tak boleh pertikai.

Mr. Roger Barnett - Presiden Shaklee Corp.




Sebab tu, dia pun cadang pada National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) untuk jalankan study dan survey ke atas supplemen Shaklee. 

NHANES ni adalah satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US. 



Sebelum tu NHANES memang dan buat study dan kategorikan survey pada 2 kumpulan 


  • pengamal vitamin
  • yang tidak amalkan vitamin.
dan kumpulan terbaru adalah

  • orang yang sudah amalkan suppelemen Shaklee selama lebih 20 tahun.

NHANES minta University of California ( Berkeley ) yang mengetuai Shaklee's Landmak Study ni dan melantik Prof Dr Gladys Block, otai bidang Epidmiology dan Public Health Nutrition sebagai ketua. Bila dah team asing yang buat, under NHANES dan Uni. Berkeley pulak tu, maksudnya apapun RESULT, Shaklee kena terima dan akan diserbarkan. Make it PUBLIC !



Kalau produk korang ada berani buat Landmark Study?




"I guarantee any other company would NOT have done this study, because they would be concerned about the possible outcome. We believed in our products and gave UC-Berkeley full control. You should be extremely proud of the results and because it will be 'peer reviewed' nobody can argue with you regarding the merits of the data.” - kata Senior VP of Marketing Shaklee. 




Bila dah siap tu, SHAKLEE yang terlebih BERANI, telus dan memang nak SAFE, GREEN and always WORKs ni minta pula 3rd party scienticts untuk sahkan hasil survey tu, manalah tau salah ke, ada orang akan argue ke.


Keputusan dari Landmark Study Shaklee

Hasil dari Landmark Study ini :

  1. Individu yang mengamalkan produk Shaklee ternyata lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan atau multivitamin jenama lain.
  2. Pengamal Shaklee berjaya mengekalkan tahap normal bagi
  • tekanan darah 
  • homosisteina 
  • kolestrol HDL 
  • Protein c-reaktif 
  • trigliserida
Kajian menunjukkan pengguna Shaklee lebih sihat dari mereka yang tidak mengamalkannya atau mengamalkan supplemen dari jenama lain

Shaklee terbukti menurunkan kolestrol, triglyserida, c reactive protein dan homocysteine.


Keputusan Landmark Study berdasarkan jenis penyakit

Keputusan Landmark Study berdasarkan jenis penyakit
Shaklee Landmark Study yang dijalankan selama 3 tahun dari 2004 hingga 2007 memang menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan pengamal vitamin lain, dan juga bukan pengamal suplemen. 

Nampak tak ? Sebagai seorang pencinta vitamin Shaklee, tentu kita semua bangga dengan pencapaian ini, kerana Shaklee sahaja yang betul-betul teruji dan diiktiraf oleh pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam bidang nutrisi.

Dalam gambar ini secara mudahnya, menukar brand vitamin akan menukar tahap kesihatan anda. Keputusan ini juga menunjukkan pengamal shaklee tiada masalah buah pinggang. Darah pengamal shaklee mengandungi vitamin yang paling banyak, kerana vitamin Shaklee mudah di serap, berbanding vitamin lain.

Walaubagaimanapun, kajian ini tidak menunjukkan makan suplemmen bukannya satu BULLETPROOF kepada penyakit kronik, cumanya risiko penyakit seperti diabetes dapat dikurangkan.

Jika anda rajin mengikuti 100 years innovation of Shaklee, tahun 2007 adalah satu turning point yang sangat penting. Selepas Land Mark Study, Shaklee terus melabur banyak untuk melakukan kajian serta penambahbaikan kepada produk mereka.


Kj sangat sangat teruja dan kagum, bila mendapati kajian Land Mark Study ini sangat-sangat meyakinkan, vitamin Shaklee yang Kj jual ini adalah vitamin world class, sangat berkualiti, digunakan oleh atlet olimpik yang memenangi pingat emas, dan juga digunakan oleh angkasawan NASA. Bagi Kj, Roger Barnett telah membawa Shaklee ke satu tahap yang tertinggi dalam dunia Nutrisi, sehingga Roger Barnett sendiri mengisytiharkan Shaklee sebagai tempat yang paling sihat dalam dunia ini. Roger Barnett telah mempatentkan banyak formula, dan juga marketing plan shaklee infinity yang tidak boleh ditiru oleh syarikat jualan langsung yang lain.

Bagi Kj, jatuh bangun Kj dalam Shaklee, hanyalah satu perkara yang sangat sangat kecil, sangat biasa buat Roger Barnett. Dibandingkan dengan Kj yang hanya membayar RM80 untuk mendaftar sebagai seorang pengedar Shaklee, Roger Barnett pula telah membelanjakan berbilion ringgit, hanya semata-mata ingin membuktikan Shaklee adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang inginkan kesihatan yang terbaik. Business Shaklee juga adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang percaya kepada analisisi dan kajian, bukan jual produk laku keras tapi bahaya!


7 tahun selepas Land Mark Study pertama, Roger Barnett tidak berhenti berbangga dengan pencapaian itu, tapi pada tahun 2014, Shaklee telah sekali lagi melakukan Land Mark Study kedua. Kali ini pemenang noble dalam biologi, Dr Elizabeth Blackbun mengetuai kajian tentang TELOMERE, satu pelindung cap pada kromosom kita. Land Mark Study 2 boleh diibaratkan satu lagi ikrar cinta Roger Barnett terhadap produk Shaklee. Nanti lepas ni insyaallah saya akan bercerita pula tentang Land Mark Study Kedua Shaklee. Memang sangat menarik, kerana ianya melibatkan pengamal VIVIX SHAKLEE.

Inilah dia keistimewaan brand Shaklee..
Sentiasa memastikan produk keluarannya menepati slogan yang sentiasa dibanggakan iaitu Always Green, Always Safe, Always Green.
Kj berbangga kerana ditemukan dengan brand ini!!!

Alhamdulillah.. :)

Jom sertai keluarga besar kami di Shaklee!!



Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju




Kenapa Anda MESTI dan PERLU Menjadi Ahli Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..
Salam Jumaat yang penuh berkat :)

Hari ni Kj nak share tentang kenapa anda MESTI dan PERLU menjadi ahli Shaklee.
Apa yang best sangat tentang Shaklee ni sampai begitu ramai rakyat Malaysia jatuh cinta dengannya?



Jom kita tgk apa kelebihan seorang DISTRIBUTOR Shaklee!

  1. Mendapat harga ahli dengan untung runcit sebanyak 15-20% diskaun
  2. Berpeluang mendapat bonus peribadi bermula dgn 5% sehingga 21% hasil daripada penggunaan sendiri / guna, berkongsi manfaat dan jual pada kenalan, keluarga 
  3. Mendapat  promosi khas Shaklee untuk distributornya seperti bulan Disember 2016 ni. Kalau beli Collagen 6 kotak FREE +1 kotak lg. Jadi untung guna sendiri dan untung untuk dijual juga
  4. Berpeluang hadiri talk, seminar anjuran Shaklee seperti bulan lepas diadakan Women Health Talk bersama Doktor Pakar dari Sunway Hospital
  5. Berpeluang menghadiri konvesyen kebangsaan (National Conference) Shaklee yang diadakan setiap tahun. Tahun depan tentatif NC adalah  di Sunway Resort!
  6. Dijemput menghadiri kelas-kelas produk, dan kesihatan anjuran Shaklee setiap bulan di branch Shaklee berdekatan anda seluruh Malaysia
  7. Berpeluang menjadi seorang leader Shaklee!



Apabila jadi bisnes leader Shaklee, anda berpeluang mendapat;
  1. Bonus Kepimpinan Shaklee 1 sampai 6 peringkat
  2. Insentif Koordinator Shaklee Leader
  3. Car Bonus Program
  4. Peluang jelajah di dalam negara, luar negara dan UMRAH untuk Muslim Leaders



Ini kelebihan menjadi ahli Shaklee dan untuk realisasikan kelebihan itu, kami akan membantu anda dengan;
  1. Berpeluang join support group di Whatsapp, Telegram dan FB
  2. Kelas tips bisnes melalui Online
  3. Consultation melalui Online medium
  4. Kelas Offline di seluruh Malaysia 
  5. Guidance dr Mentor-mentor Shaklee
  6. Konsultansi bisnes EXCLUSIVE 1-1. Janji sendiri mahu, kami membantu

Team Wealthy Beauties yang diasaskan oleh Kj adalah anak didik kepada Team #s2uFamilies yang diasaskan oleh Master Firdaus (Dosh) dan Master Iffah Anuar (MIA). Alhamdulillah #s2uFamilies sudah melahirkan 17 Masters yang berpendapatan purata RM60k sebulan dan keatas; sehingga saat ini sejak tahun 2010

Jom kita sama-sama ikhtiar jaga nikmat kesihatan dengan manfaat Shaklee dan dengan izinNya, kesihatan dapat dipelihara dgn baik, inshaAllah

Dengan menjadi ahli Shaklee, anda boleh nikmati kesihatan yang baik dan peluang menjana pendapatan yang hebat.. Kenapa tidak rebut keduanya sekali kan?

Yuran keahlian kami di Shaklee hanyalah RM80 (Seumur hidup)
Anda juga boleh menjadi ahli secara Percuma dengan pembelian produk 200UV dalam satu resit :)

Nak cara lebih mudah tanpa melalui Kj untuk menjadi ahli Shaklee beli produk-produk hebat kami dengan harga murah? Klik sahaja gambar dibawah :)




Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju