TIPS MENINGKATKAN KESIHATAN SISTEM PENCERNAAN

Gaya hidup serta cara makan memberikan pengaruh yang besar kepada sistem pencernaan kita. Dengan mengambil langkah-langkah yang menyihatkan, sistem pencernaan anda akan berfungsi dengan lebih baik dan akhirnya akan memberikan kesihatan yang lebih baik.


Jom sama-sama ikuti tips ini ya 


Tambahkan lebih banyak air dalam diet anda untuk membantu proses pencernaan dengan melarutkan lemak dan lemak terlarut – ini akan membantu makanan untuk melepasi usus anda dengan mudah. Cara ini merupakan cara yang mudah namun memberikan kesan yang besar. Hal ini adalah disebabkan oleh, terlalu sedikit air dalam badan akan menyebabkan najis menjadi keras dan sukar untuk melalui kolon.



Satu tips yang mudah namun memberikan kesan yang besar kepada sistem pencernaan anda ialah dengan mengunyah. Perbuatan mengunyah sering kali dipandang dengan sebelah mata, namun ia sangatlah penting bagi proses pencernaan yang baik.

Lebih banyak anda mengunyah di dalam mulut, lebih sedikit kerja yang diperlukan selepas itu. Otak anda juga memerlukan sedikit masa untuk menerima isyarat bahawa anda sudah kenyang.

Jadi ambil masa untuk mengunyah kita-kira 20 hingga 30 kali sebelum menelan makanan anda. Berikan perut anda untuk bersedia sebelum menerima makanan yang akan masuk ke dalamnya.


Gerakkan tubuh badan anda dengan cara berjalan atau berjoging, mengangkat beban ataupun melakukan senaman yoga. Cara ini akan membolehkan makanan anda digerakkan melalui sistem pencernaan serta merangsang otot-otot saluran tersebut.

Perkara ini penting disebabkan oleh dinding kolon anda perlu untuk mengecut apabila najis melaluinya dan dengan cara bersenam, ia akan menguatkan otot tersebut.


Adalah penting untuk anda mengambil serat bagi membolehkan makanan terus bergerak melalui usus dengan lancar.


Terdapat dua jenis serat – serat larut dan serat tak larut. Serat larut seperti sayur-sayuran dan bijirin akan menyerap air daripada najis supaya ia tidak menjadi terlalu cair. 

Serat tak larut membantu menjadikan najis lebih berketul-ketul.

Dengan memadankan makanan yang berlemak dengan serat, tubuh badan anda akan mampu untuk memecahkian makanan berlemak yang mana kebiasaannya tidak dapat dicerna dengan mudah.


Penambahan berat badan sebanyak beberapa paun pun sudah cukup untuk menyebabkan masalah pencernaan. Hal ini adalah disebabakan oleh, injap yang terletak di antara perut dan esofagus kadang kala tidak ditutup dengan baik sehingga menyebabkan asid perut untuk kembali masuk semula ke dalam esofagus semula. 

Dengan cara pengurangan berat badan, anda seolah-olah mengurangkan tekanan dan membenarkan sistem pencernaan anda berjalan dengan baik.



Rasa tertekan atau resah boleh menyebabkan sistem pencernaan anda terjejas disebabkan oleh otak dan sistem pencernaan tersebut saling berhubung. Tekanan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sindrom perut luka serta ulser.

Bagi mengawal masalah seperti ini, anda boleh cuba senaman yang menenangkan seperti bernafas dalam-dalam, bermeditasi ataupun berdoa.


 
Merokok boleh memberikan kesan negatif kepada sistem pencernaan anda disebabkan oleh ia akan melemahkan injap yang berada di hujung esofagus dan akhirnya akan menyebabkan refluks asid serta pedih ulu hati.

Merokok juga akan meningkatkan risiko kanser perut.


Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Facebook : Juriah Abdullah
Facebook Page : Wealthy Beauties
Instagram : @kedai_ju





5 TIPS SARAPAN SECARA SIHAT

Sarapan merupakan sajian terpenting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja menjadi hidangan pertama pada setiap hari pada waktu pagi, malahan terdapat kajian mendapati bahawa apa yang anda makan  untuk sarapan akan turut mempengaruhi apa yang anda makan pada keseluruhan hari.

Sarapan yang berkhasiat dapat mengurangkan anda daripada mengambil makanan berkalori tinggi pada waktu mak yang lain, sekaligus dapat membantu mengawal berat badan anda.

Tip yang paling penting adalah ambil sarapan setiap hari tanpa skip. Namun begitu, pengambilan roti canai atau nasi lemak pada setiap hari tidak dapat membantu dalam penjagaan kesihatan anda. Apa yang penting adalah dengan cara memilih menu sarapan pagi yang sihat, berkhasiat dan seimbang.
Jom ikuti tip yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai 5 cara makan yang sihat ketika sarapan untuk memulakan pagi anda dengan lebih sempurna dan bermakna.
1. Waktu makan yang tetap

Cuba amalkan waktu sarapan yang tetap pada setiap hari dan ini akan membuatkan sistem tubuh anda akan berfungsi dengan lebih cekap jika anda makan mengikut waktu.
2. Sediakan sarapan anda sendiri

Siapa kata sarapan itu tidak penting dan membosankan? Jadikan sarapan sesuatu yang menyeronokkan dengan menyediakan sendiri sarapan yang mudah dan ringkas seperti sandwich yang penuh dengan salad atau semangkuk bijirin sama ada oat atau muesli yang ditambah dengan buah-buahan, susu atau yogurt.
3. Pilih makanan yang rendah lemak

Kurangkan kekerapan pengambilan nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, lontong, roti canai atau kuih-muih yang bergoreng kerana makanan-makanan sebegini menggunakan minyak dan santan yang banyak dalam masakan.
4. Pilih makanan yang tinggi serat
Diet yang tinggi kandengan seratnya dapat membuatkan anda cepat kenyang dan bertahan lebih lama. Ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak pada waktu tengah hari. Kebiasaannya, diet tinggi serat mempunyai kalori yang lebih rendah. Anda mungkin boleh mencuba makanan-makanan ini dari sumber seperti roti mil penuh, oat, jagung, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Konsisten saiz hidangan anda
Sarapan yang sempurna mempunyai 3 komponen; satu hidangan karbohidrat, satu hidangan protein, tenusu dan makanan tinggi kalsium, manakala satu lagi hidangan untuk buah-buahan.
-------------------------------------------------------------------
TAK SEMPAT BERSARAPAN?
Norma lifestyle sekarang membuatkan kita tak sempat bersarapan, kadang-kadang terpaksa skip dek tersekat dalam jem. Apa kata anda cuba resepi-resepi ESP yang penuh khasiat dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan :) Selamat mencuba!











Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Sumber : diarikurus.com

Tahniah, Anda Hamil :)



Dua jalur pada pregnancy test sememangnya sangat dinantikan oleh pasangan suami isteri terutamanya pada yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata pertama. Dua jalur ini menandakan si isteri telah hamil :)

Sejak mendapat tahu ada nyawa yang dikandungkan di dalam rahim, perasaan ibu tentu sekali gembira dan bersyukur. Dalam pada itu, ibu selalu ingin tahu apa yang sedang dilakukan dan bagaimana perkembangan janin setiap hari.

PERKEMBANGAN JANIN DARI TRIMESTER PERTAMA HINGGA TRIMESTEr KETIGA


Dengan mengetahui tahap perkembangan janin, ibu juga dapat mengoptimumkan aktiviti demi mendapat kesihatan yang baik untuk si kecil.
TRIMESTER PERTAMA (1-3 BULAN)

Dalam bulan pertama kehamilan, kantung ketuban mula terbentuk sebagai tempat tumbuhnya embrio. Plasenta akan berfungsi sebagai penyalur nutrisi dari ibu ke bayinya. Saiz janin pada awalnya adalah sebesar biji kacang dan jari-jari tangannya akan mula terbentuk pada bulan kedua kehamilan.
Di akhir trimester pertama, iaitu pada bulan ketiga kehamilan, saiz janin sudah mencapai sekitar saiz sekitar 7-8 cm. Pada waktu ini juga, cap jari sudah mudah terbentuk.
TRIMESTER KEDUA (4-6 BULAN)
Pada saat ini, pembentukan fizikal janin dapat dilihat berlaku dengan lebih pesat. Antaranya, tulang rawan yang lembut kini sudah menjadi tulang. Jaringan sistem saraf pusat mula terjalin seriring dengan pembentukan jantung dan sistem peredaran darah.
Dalam Islam, sumber menyatakan bahawa roh janin mula ditiupkan pada hari ke 120 kehamilan, iaitu pada hujung bulan keempat kehamilan. Di fasa ini, bayi juga sudah boleh meregangkan tubuhnya, dan anda akan mula merasakan gerakan bayi dari semasa ke semasa. Terujanya!
Sementara itu, pembentukan anggota lain seperti mata dan kening juga sudah mula berlaku. Pada akhir bulan keenam, berat badan bayi adalah sekitar 660gram.
TRIMESTER KETIGA (7-9 BULAN)
Apabila mencapai bulan ketujuh, janin boleh membuka dan menutup matanya. Ia mungkin mula sensitif terhadap cahaya, suara, sentuhan, dan mampu bergerak untuk mengubah posisi tubuh. Ketika ini, baik bahagian luar mahupun dalamnya sedang terbentuk dengan lebih sempurna dan sedia untuk bertemu anda dalam sedikit masa lagi!
Pembentukan lemak mula berlaku dengan pesat dan menjadikan beratnya meningkat agak drastik berbanding sebelum ini hingga mencapai 1800gram pada bulan ke tujuh. Pada bulan seterusnya, ia akan meningkat lagi kepada 2.2kg, dan akhirnya boleh mencapai berat sekitar 3.2 kg pada bulan kesembilan. Oleh sebab itu, jika baby bump tidak kelihatan sebelumnya, dalam trimester ketiga inilah ia akan menyerlah.
Pada akhir bulan kehamilan, anda akan mendapat temujanji dengan doktor dalam selang masa yang lebih singkat untuk memastikan kehamilan dan kelahiran bayi dapat berjalan dengan lancar.
KELAHIRAN YANG DINANTI

Itulah serba sedikit tentang perkembangan janin dalam kandungan dari trimester pertama hingga ke trimester ketiga. Jangan lupa patuhi pemeriksaan bulanan dan maklumkan kepada doktor sekiranya berlaku sebarang komplikasi sepanjang kehamilan. Sebarang masalah yang dikesan pada peringkat awal biasanya akan dapat menyelamatkan kandungan daripada komplikasi menjelang kelahiran.
 Setelah menempuhi 9 bulan 10 hari yang indah, maka lahirlah si kecil yang dinanti-nanti :) Tahniah Kj ucapkan kepada anda yang bakal bergelar ibu, semoga anda menjalani tempoh kehamilan yang lancar dan kedua-dua ibu dan bayi sihat hendaknya 😊

Tahukah anda, Shaklee menyediakan Set Pre Natal (Set Hamil) yang dapat membekalkan nutrisi penting kepada ibu dan bayi :)
Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju

Sumber : zuriat.my

Tips Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan

Ramadhan telahpun tiba. Sebagai umat Islam, kita wajib menjalani ibadah ini yang merupakan salah satu dari Rukun Islam :)

Sepertimana yang kita sedia maklum, di dalam bulan Ramadhan, kita perlu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari sejak Subuh sehinggalah masuk waktu Maghrib. Dalam keadaan ini, ramai di antara kita yang pada awal paginya masih cergas dan boleh menjalankan tugas seperti biasa, tetapi menjelang tengahari dan menuju ke petang tenaga semakin berkurangan dan lemau 😁



Di sini Kj nak share TIPS UNTUK KITA KEKAL CERGAS SEPANJANG RAMADHAN

BERSAHUR DENGAN MAKANAN TINGGI SERAT

Ambil makanan  TINGGI SERAT masa sahur. Ini untuk membantu kita kenyang lebih lama. Sumber terbaik untuk serat adalah sayuran jenis kacang (beans), whole grain (whole-wheat, roti & pasta), beras perang, kekacang, berries, buah pear dan epal, oatmeal dan sayuran hijau.

BUAH-BUAHAN DAN AIR KOSONG

Makan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air macam tomato, timun, kobis, tembikai dan oren untuk kita kekal hidrat. Elakkan jus yang tinggi kandungan gula sebab gula akan buatkan kita gemok. Pastikan minum 2 gelas air kosong masa sahur.

JANGAN TINGGAL SUMBER PROTEIN

Wajib ambil PROTEIN setiap pagi. Protein melambatkan rasa lapar dan memberi tenaga. Telur, yogurt, kacang, soya, ikan dan daging adalah sumber protein. Tapi jangan berlebihan terutama sekali bila makan sumber protein yang berlemak macam daging.


BERBUKA DENGAN KURMA

Mulakan berbuka dengan kurma. Ia kaya dengan karbohidrat ringkas dan akan terus diserap oleh badan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh yang seharian berpuasa. Kurma mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat seperti zat besi, kalsium, vitamin A, vitamin B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan rendah lemak dan tinggi serat, baik untuk kesihatan.

MAKANAN BERASASKAN KARBOHIDRAT JANGAN DILUPA

Pulihkan kembali tenaga saat berbuka dengan menikmati hidangan berasaskan karbohidrat yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandungi gula akan dapat mengembalikan secara segera tenaga yang hilang. Sebaiknya segerakan waktu berbuka bila tiba masanya dan jangan di tangguh-tangguh.


LEBIHKAN PENGAMBILAN AIR, ELAK KAFEIN

Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah daripada minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.

KURANGKAN MAKANAN MASIN

Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Dikatakan makanan yang masin seperi ikan masin atau pun telur asin jika dimakan ketika sahur boleh menyebabkan anda berasa terlalu dahaga di waktu siang harinya.

Jom amalkan tips-tips ini untuk kekal cergas sepanjang Ramadhan :)

Gout ; Apa yang perlu kita tahu tentangnya.






APA ITU GOUT?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



GEJALA GOUT

  1. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  2. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  3. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  4. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  5. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  6. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  7. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Bagaimana gout dikesan?

Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.


Bilakah serangan Gout boleh berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya
  1. Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  2. Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  3. Minum alkohol berlebihan.
  4. Kecederaan kepada sendi.
  5. Selepas pembedahan.
Penghidap gout kini tidak perlu runsing kerana Shaklee menyediakan ruang dan peluang untuk anda kembali sihat seperti sedia kala dan bebas dari gout.

Vivix dari Shaklee

BAGAIMANA VIVIX MELAWAN GOUT

Sepertimana yang kita sedia maklum, Vivix melindungi, memperbaiki DNA, dan memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.

Kandungan RESVERATROL yang tinggi di dalam Vivix mampu MENCEGAH keradangan dan bengkak sendi yang disebabkan oleh gout. Malah resveratrol boleh MENGURANGKAN paras asid urik yang tinggi.


Terdapat kajian yang membuktikan keberkesanan Resveratrol dalam melawan masalah Gout.








APA KATA PENGGUNA?









Jika anda atau insan kesayangan anda mengalami masalah gout, Kj sangat sarankan anda mencuba Vivix untuk merasai sendiri keberkesanannya. Anda pasti tidak menyesal 👍


Ada kemusykilan? Jangan segan-segan contact Kj ok :)
PM/ Whatsapp : 0 1 8 7 7 8 5 2 5 0
Instagram : @kedai_ju